Sunday, 18 November 2018

Susu! Good for your health!

Erggghhhh! Tetiba malam ni terlebih rajin bancuh susu, apa kes! Hahhaha.. Alkisahnya, sebulan yg lepas, hurmmmm lebih kurang arr, time shopping awal bulan, Hana ada beli susu tepung ni, alaa, yg paket palingggggg kecil, konon2 nak cuba minum arrr.. Susu Omega Plus, untuk kurangkan kolestrol and tinggi kalsium... Eh?! Kolestrol Hana tinggi kerr?? Takkan nak tunggu tinggi dulu kut baru nak minum kan.. Hhahaha.. Tong teng tong teng, dah almost sebulan susu tu ada dalam almari ni haaaa..  Aigooo!!! So malam ni, roomates ada yang balik kampung, ada yang shift petang balik malam, Hana pula melengu sorang2.. Apa lagi, selongkaq almari arr.. Cari benda makan!!! 😅

And that's it... Secawan susu panas! Ergggghhhhh, mencabar betul arrrr since Hana memang TAK SUKA and TAK PERNAH minum susu tepung semenjak menginjak dewasa ni.. Hurmmmm, agak2 macam mana ehhh nak bagi suka minum susu ni..

P/s= my youngest brother tak berapa nak sihat 😢 doakan kesihatan dia yerrr.. Utk korang jugak, Hana doakan semoga korang sihat dan sentiasa berada dalam semangat yang positif!!! 👍

Saturday, 6 October 2018

Throwback Tuba's Trip - 290918

Assalamualaikum,

A moment to be remember!!! Tuba’s Trip, 30-Sept-2018… First of all, Alhamdulillah, selamat pulang semuanya, everything just follow the flow, tak dak stress2… really, it’s an enjoyable trip!!!

Tak rancang yang gempak2 pun sebenarnya.. thanks to kak ninie and faten, diorang yang mastermind, suarakan jerrr apa nak, diorang uruskan… Hahahaha, really appreciate! And one by one, bila diajak yang lain, alhamdullillah, satu department joined! And 29th was picked since gaji masuk awal derrr… hahahaha and it’s on weekend! Orang pun tak ramai so Alhamdulillah. Time set date ni pun, memang acah2 letak pisau kat kepala, since it is the end of the month, it’s closing time! plus HQ turun time tu!!! Awesome! Masing2 pulun siapkan kerja, so biar on-time closing and up to date! And it’s work! HQ senyum jerr turun kali no, and unexpectedly bila Bos gtau kami ada plan “dinner”, HQ sanggup book ticket balik awal, since progress kitorang pun ok, and dia happy for his trip even for just 2 days.. petang tu, sharp jam 5, semua thumbprint kluar! Hahaha… for the first time, finance office tutup awal! And the trip pun bermula!!!

We take boat dari apa ntah nama tempat tuu.. Nanti try tanya pakcik2 or kounter di jetty Kuah, cakap nak ke Pulau Tuba, diorang akan tunjukkan.. Ok, dah researched! Jeti Marble! rm 5 untuk sehala, so pergi balik just rm 10/person… di sana, kami dalam 10 orang, 4 lelaki 6 perempuan, main transport motor (sewa rm 20/motor) and we stay at Noba resort… tidur semalam, makan mee udang viral, and ada satu gerai roti canai sedap, and lain2 aktiviti just pusing2 satu pulau and ambik gambar – jetty selat, faridzuan resort, tanjung pandan and more! By the way, there’s something that make this trip more fun – monopoly deal!! Hahahha,, ketagih weiii main benda alah tuuu!! It’s tricky, strategy kena betul, psychology and the rest, based on luck! Hehehe..









Pukul 5.30 ++ petang bertolak dari jetty, sampai2 tu, ambik motor, check-in dulu.. sambil2 tu, dapat tengok suasana kampung, tenang jerrr :) and then, makan roti canai, lepak sekejap sementara menunggu maghrib. After maghrib, baru gerak naik motor malam2. Rancangnya nak makan mee udang, but tutup plak,, No worries, esok ada lagi. So, ceritanya kami makan mee/bihun/koeyteow goreng dulu, then pusing2 sambil ambik angin malam.. Syiok!














After ambik gambar puas2, breakfast dulu! Pagi tu, just makan roti canai.. Kuah roti tuuu superb! Hehehehehe.. Then??? Hahahaha, main Monopoly Deal arrr... Hahahaha, ketagih derrr... Around 11.00 pagi gitu, kami semua check out... Next destination, Jetty Selat!







Titi yang menghubungkan Pulau Tuba & Selat Bagan Nyior... Sempat lagi tuuu since tak banyak motor... Bolehlarrr kan! Kenang-kenangkan yerrr. Hahahha...






Then, kami pi Tanjung Pandan.. Batu2 besar --> picture time!!!









Jam time tu around 12.30 ++... so, perut masing2 dah lapar.. apa lagi, makan! Seriusly, time ni, Hana letih giler sebenarnya. Naik motor pun, since jadi pembonceng kan... di awang-awangan jerrr... Sedar2, mee dah habis, dah bayar pun! Hahahahaha... it's MEe TIME...





After that, kami semua singgah dulu di Faridzuan Resort.. Tenang jerrr, ombak2 pasir2.. Time tu around 1.30++.. Panas giler and dahaga! Muka masing2 letih, but still happy2!!! Dan lagi, Monopoly's Time!!! Terbaik!







Alhamdulillah, after zohor di situ, semua menapak pulang.. Hehehehe.. Rasa happy and senyum jerrr sepanjang perjalanan balik.. Teringat nak masuk ofis esok kan... Huhuhu... Banyak lagi gambar sebenarnya, but ini jerr yang Hana letak.. It is a good experience.. Masing2 rasa puas, tersenyum jerrr bila teringat balik.. It's really, really, really simple and tak ada arr grand sangar! biasa2 jeerrr, rasa suasana jauh dari kesibukan kerja.. Hurmm, itu jerr sebenarnya.

Hana memang teringin nak pergi tempat2 gitu, naik bot bagai… nak experience semua benda gitu sementelah usia pun makin meningkat, too much focus on work, sampai tak ada masa untuk diri sendiri, it is weird and ridiculous, guys gurlz… really, dalam setahun lebih Hana merantau ke tempat orang, no moment trip like this, sedih bila teringat gitu. But it’s not bad at all. ada pro and cons… dalam setahun yang lepas, banyak benda Hana explore – dalam ruang lingkup job scope Hana, but still there are a lot of things Hana tak explore lagi, perjalanan masih jauh, Hana aims to place myself in HQ! Why???? Even bila Hana suarakan to my colleagues, I don’t have exact reasons… I just want to challenge myself and that’s all! Hurmmmm, for me, let’s just move forward, keep the faith and know who you are!

That's all.. Simple post, let's picture speak itself... (^^)


Tuesday, 25 September 2018

Today's Tuesday!!

Assalamualaikum 😊

Hana baru balik kerja, makan dulu 😅 oh!! Diet ke mana?!! Hahahaha.. Bersyukurlah, masih boleh makan, dalam keadaan aman lagi.. Tak ada gangguan.. Compare to other country, alhamdulillah.. Cumanya, bila makan tu, beringat larr sama.. Jangan membazir, makan yang mana mampu... Jangan duk gagah makan semua benda, kesihatan pun terganggu... Apapun, today is awesome! Macam2 jadi, baik buruk semua ada. Think positive, everything happens have reason!

Cerita hari ini, satu office rancangvnak 'outing' sesama.. Cadangnya nak ke Pulau Tuba, Langkawi.. Hurrmmmm, umur dah menjangkau 1/4 abad, time tu travel!!! Hehehe... What's gonna to happen??