Tuesday, 4 April 2017

Collective Invention (korean movie)

it's movie time!

Tetiba malam ni semangat nak buat movie's review. ^^ actually, bukan movie baru pun, released 2015... tajuk: Collective Invention... make sure, yang nak tengok tu, prepare arr sehelai dua tisu! hehhehe...

Lee Chun Hee, Lee Kwang Soo, Park Bo-young
Errmmm, kalau korang suka movie yang jalan cerita yang adventure, banyak actions, lawan sana, lawan sini, lighting va-va-voom, it's NOT a good choice. tapi kalau korang nak yang jenis santai, comedy, slow, boleh tenung balik diri sendiri, tenang jerrr, it's a REALLY RECOMMENDED! Hana suka sebab it's reality kehidupan. memang arrr, mana ada kat dunia ni, orang tetiba jadi ikan, tapi cerita ni tunjuk macam tu sebab benda tu possible happened due to advancement in technology. lain2 yang jadi kat realiti; contohnya rasuah, guna orang atas, buli pekerja, kebuluran makanan, siber (viral), penganggur yang terdesak, pasal family (mak ayah dah meninggal and father-son relationship) dan macam-macam lagi.

Yang boleh jumpa cerita ni pun sebab Gary (ex Running Man member) and Song Ji Hyo (Running Man) pernah di-interview berkenaan maknae Running Man, Lee Kwang Soo punya lakonan, and interviewer tu petik cerita Collective Information. Both feedbacks dari diorang, good and Gary kata, Lee Kwang Soo serasi dengan watak tu. So, try tengok, Dalam movie ni, Lee Kwang Soo as lelaki yang tetiba jadi ikan, bersama-sama dengan Lee Chun Hee dan Park Bo-young.

Sinopsis sikit eh,... based apa yang Hana tengok dan faham:
Lee Chun Hee as a desperate (maybe) penganggur yang tetiba dapat kerja yang dia nak2, iaitu as reporter. So, the interviewer tu, suruh dia buat research pasal cerita 'penemuan Manusia Ikan' yang tetiba jadi viral. Itupun kalau dia betul2 nak jadi reporter and tugas tu as dia punya test arrr... dia usaha cari maklumat, And last sekali bawa kepada pertemuan dengan Park Bo-young, gadis muda yang bersikap kasar, aktif di alam maya (ala-ala keyboard warrior) dengan nama Violent Monster. Dia tahu mana nak cari Manusia Ikan tu. Yup, Manusia Ikan tu, Lee Kwang Soo, actually setuju nak jadi bahan uji kaji, dengan bayaran sejumlah wang, dan waktu dia sign kontrak, dia sign macam tuu jer... tetiba, bahan ujikaji tak sesuai dengan diri dia, sebab tu bagi kesan sampingan.
Macam banyak dah kan, tapi don't be shocked, sebab yang Hana cerita kat atas ni, baru permulaan ada banyak lagi, so korang kena tengok arr!

Official punya sinopsis... (resource:Wikipedia)
A medical experiment gone wrong and a man (Lee Kwang Soo) mutates due to side effects from an experimental drug administered to him, turning him into a fish-man. When his supposedly girlfriend (Park Boo Young) posts the story of her 'fishy' boyfriend on the internet, a wannabe reporter (Lee Chun Hee) starts digging for the truth, covering the news about the mutant fish-man.
Lee Chun Hee

Seorang anak muda dengan impian nak jadi reporter. Sebab utama, nak tolong orang dan sebarkan kebenaran. tapi dia still baru dalam industri dan sebagai maknae, kuasa dan kemampuan dia terbatas. namun, selepas dia jumpa dengan Manusia Ikan, dia belajar sesuatu dan dapat satu semangat baru untuk capai impian dia.

Park Bo-young

Seorang yang kasar, tidak hormat orang yang lebih berusia, berani menyuarakan pendapat, dan hidup seorang diri. bertemu dengan Manusia Ikan secara tidak sengaja. walaupun perangai dia macam tu, tapi dia sebenarnya seorang yang jujur.

Lee Kwang Soo



Seorang yang baik, terima takdir dia selepas dia bersetuju untuk dijadikan bahan ujikaji. dia tidak melawan bahkan dia rasa bersalah selepas susahkan ramai orang. dalam waktu yang sama, dia sebenarnya ajar sesuatu yang berguna untuk orang di sekelilingnya.

Dr Byun (Lee Byung Joon)
Dalam cerita ni, ada kait banyak pihak (selain daripada 3 watak utama). first sekali, watak the one yang create formula tersebut, Dr Byun. Tujuan dia adalah untuk mengurangkan world-hunger and penawar kanser. But then, bila 'duit', 'untung' dan 'rugi' mula masuk campur, niat tu dah lari. Tambahan pula, dengan campur tangan pihak ketiga dan apabila berita mengenai penemuan tersebut mendapat liputan, keinginan untuk menjadi orang pertama keluarkan formula tersebut, terus tutup niat yang mula2 tadi. Tetapi akhirnya, bila sudah terngadah, baru menyesal.

Lawyer Kim (Kim Hee Won)
Yang kedua ialah watak peguam, Kim Tae-gon, yang cuba untuk menolong Manusia Ikan, tuntut bela daripada Dr Byun. Mula-mula tu ok. Memang dia cuba sedaya upaya untuk tolong Manusia Ikan, tetapi bila kuasa besar dah campur tangan, duit jadi taruhan, niat tu dah lari.

Father (Jang Gwang)
Yang ketiga, watak si ayah Manusia Ikan. dalam cerita ini, dia suruh anak dia pergi ke Seoul untuk belajar, then boleh cari kerja. but si anak tak ikut cakap dia. Berperwatakan tegas, pentingkan adab dan mudah melenting. walaupun begitu, dia actually nak lindung anak dia, cuma dia tak mampu. of course, sapa tak sayang anak!

good supporter
Yang keempat, watak penyebar berita. orang yang 'share', kongsi and sebarkan apa2 sahaja berita di media sosial. kesan dia, ada positif dan ada negatif. POSITIF sebab, pihak yang teraniaya akan terbela dan dengan bantuan penyebar-penyebar berita ni, at least orang lain tahu apa yang terjadi dan secara tak langsung akan jadi beban kepada yang menganiaya orang tu. selain tu, orang yang teraniaya juga tidak akan rasa terasing sebab ada orang yang care akan diri dia. tapi NEGATIF bila berita entah betul @ tidak, sebar juga. malahan ada yang sampai boleh 'tutup' orang yang bersalah, menyebab yang teraniaya tak dapat pembelaan. lebih buruk lagi bila yang teraniaya memang terasa tersisih dan sebaliknya orang yang bersalah terus terselamat.

Ok, ni semua berdasarkan apa yang Hana tengok. Actually banyak lagi, contohnya, peranan institusi agama, dan peranan senior-senior di tempat kerja. Tapi, tak larat nak taip, terlampau banyak sangat, hehhehe... Hurmmmm, apa pun, pada Hana, it's 90/100... Tinggi gak eh! Well, sayounara!

Sesapa nak tengok online: link sini
And, preparation Kwang Soo jadi Manusia Ikan, it took about 5 hours to put on costume... click Here.

No comments:

Post a Comment