Tuesday, 9 May 2017

Jom Support Member ^^

Assalamualaikum,
support member
mesti korang semua dah tahu kan (Hana tak perlu explain panjang2 la kan), selalunya bab2 "support member" ni, berkaitan dengan jualan online/kecil-kecilan mahupun jualan sepenuh masa. Kekadang benda2 gini pun boleh jadi sebab/punca bermasam muka. Of course la kan, bila dah namanya perniagaan, promosi mesti kena kaw-kaw punya. Tambahan pula, sekarang ni, macam-macam medium ada. Facebook, Instagram, Twitter, YouTube, Blog, Message, Telegram… Haa, sebut jerr, mesti korang familiar dengan semua ni kan.

Ni haa nak habaq mai na, nak support member, tak semestinya dengan buat “pembelian” sahaja. Member kita pun bukanlarr kejam sangat nak paksa2 kita beli, cumanya mana tahu rezeki dia ada kat kita… hehhehe… Kekadang, orang sensitive sangat bab2 promosi/jualbeli ni. Setiap hari, ada jerr iklan lalu kat wall kita, kan… sampai dah boleh agak dah, siapa yang post iklan tu… Hana pun experienced benda yang sama. Macam2 ada… makanan, cosmetics, produk penjagaan diri, pakaian, tudung, kasut, jam tangan… dunia sekarang, semuanya di hujung jari! ^^ syok Hana tengok diorang berniaga… ada yang suksess! senang arr gini, tak payah cari kat kedai dah. coz ada antara barang/produk yang dijual, memang bagus and lagi berbaloi ^^

But, korang tahukan, cara lain nak support member selain dari buat pembelian. Especially for those yang risau, rasa segan/malu sebab tak dapat nak beli barang/produk diorang, mungkin sebab kekangan kewangan... Hurmmmm, Hana faham sangat kalau bab ni, nak sangat tolong diorang, but alamak! bajet lari nanti ^^ don’t worry, be happy!
  • Like

Yang ni paling mudah, paling cepat! Alang2 dah scroll-down tu, dah habis baca, apa larr sangat kan, ringan2 kan larr jari tu, tekan Like. Semangat positif, watchaaa!
  • Share

Ok, yang ni kena ada sedikit usaha. Tapi, still dalam kategori mudah sebabnya, ada jerr automatic share public. Kalau kita nak edit/tulis apa2 yang patut, baru larr kena ada usaha sikit.  Nak fikir ayat yang sesuai, and nak taip satu2 huruf lagi. Mampu bagi big impact sebabnya friends list dia tak sama dengan kita kan. So, secara tak langsung, kita dah tolong dia spread or tambah coverage barang/produk dia.
  • Comment

Yang ni, korang nak comment apapun tak apa. But supposed to be, yang positive la eh… so that, positive aura tu still ada. Contohnya, tudung. korang dah berkenan dah pattern ni, but alamak! Dah kena jaga budget laa plak. Cool down dulu! Hehehhehe… korang comment jerr, “cantiknya pattern A, Nampak sejuk jerrr mata memandang!” lepas tu letak arr emoticon, sticker or what-so-ever, and done! Watchaaa! Suntik semangat positif di situ! Hehehhehe… kalau dah habis idea, comment jerrr “Up!”
  • Buat satu entry

Khas untuk blogger2 sekalian… hehehhe! Korang yang ada followers ramai pun, secara tak langsung boleh tambah coverage barang/produk member tu. Volunteer pun boleh, ambik upah pun boleh, tapi itu urusan antara korang arrr… yang Hana tahu, ada jerrr pengusaha2 hotel/chalet/resort yang bagi upah untuk blogger2 terkenal, promote services diorang. As return, pengusaha2 tersebut offer 2 days 1 night (maybe more) and boleh cuba semua sevices diorang for F.O.C (free of charge)! Sapa tak nak kan! Untuk yang berniaga secara online/kecil-kecilan, why not korang offer free sample untuk blogger2 yang terkenal (yang biasa2 pun tak apa, sebab namanya blogger, memang akan spread di alam maya), kan? Tak pun, untuk blogger2 sekalian, apa salahnya kalau korang volunteer… cumanya, sesetengah blogger ada prinsip diorang, selagi tak cuba, tak try or test sendiri, susah nak buat review. macam Hana, selagi Hana tak cuba sendiri or experience sendiri, agak susah juga nak karang entrybut, it is a good option ^^
  • Doa

Di akhir solat kita, seusai memohon keampunan kepada yang Maha Esa, untuk kedua ibu bapa, adik beradik kita, seluruh keluarga kita, guru-guru dan sahabat-sahabat kita, doakan larr juga agar perniagaan sahabat2 kita berjalan lancar. Allah swt Maha Mendengar dan Maha Mengetahui, setiap apa yang terlintas di fikian dan juga hati kita. sama ada baik atau buruk, kita doakan diorang semua, doa kita akan diaminkan juga untuk diri kita. Sebab itu, kalau kita marah sekalipun kepada sahabat2 kita, mohon keampunan atas sikap lemah kita (tewas dengan nafsu marah), sebab setiap perkataan yang keluar dari mulut, mahupun telintas di hati kita, adalah doa untuk diri kita.  Doakan baik2 untuk diorang semua, insyaAllah segalanya dipermudahkan. Hati jadi tenang, hidup pun aman bahagia ^^

So, sekarang, dah lapang dada ^^ boleh korang praktiskan eh ^^ p/s: mainly by using Facebook or Google+  

No comments:

Post a Comment