Sunday, 21 May 2017

Tahniah Pasukan Kedah! Pulun Kedah Pulun!

Assalamualaikum,

Rasa macam dah lewat jaa nak ucap Tahniah! buat Pasukan Kedah... tapi bahang kemenangan tu duk ada lagi! Hehehehe... so, Hana nak update sikit arrr pasai Kedah menang Piala FA 2017! Tahniah Kedah! Yang sebetoinya, Hana bukan larr tau sangat pasai bola2 ni, tapi bila ada Kedah ada games, rasa macam diri ni "peminat setia" sangat... Hahahaha.... tambah-tambah lagi, kalau Kedah menang... Rasa bangga gila jadi Anak Jati Kedah! tiba2 jaaa kan! padahal, Hana follow gitu2 jerrr...

Tapi tu larrr kan, sapa tengok perlawanan semalam, untuk masa ke-2 tuuu, memang mata tak pejam langsung! Dup! Dap! Dup! Dap! bila bola berat di gawang pintu gol Kedah. Tabik buat semua pemain Kedah, dan tak lupa juga, buat penyokong2 bola sepak Kedah yang turun Shah Alam semalam, baloi naaa hampa semua... ^^ menang, syok sakan arr!!! Teruskan dengan sokongan hampa2 semua... satu ja Hana nak puji penyokong2 Kedah ni, bak kata TMJ (di sini), betoi! Hampa semua memang penyokong setia! kalah menang, adat pertandingan, tapi sokongan tuuu yang penting... 



update: hurmmm, memandangkan Hana tak follow diorang sangat, so Hana ada cari sikit berita2 pasai diorang (2014: Ada apa dengan Kedah?). baru dapat tahu, yang Pasukan Kedah dapat jolokan nama sebagai "Double Treble" (2007 & 2008), sempena kemenangan: Juara Liga Super, Juara Piala FA, dan Juara Liga Malaysia untuk dua musim berturut-turut. tak terkecuali, ada banyak halangan2 yang diorang lalui diikuti dengan beberapa musim kemarau piala, sedikit sebanyak merisaukan para penyokong Kedah. Namun begitu, penyokong2 Kedah tetap bagi sokongan padu. That's all...  Keep fighting!

2 comments: