Sunday, 30 July 2017

Bronok Langkawi ^^

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.
Genki desu ka? (apa khabar?)
Genki desu. (khabar baik)
Senyum2 selalu…

Ok, kali ni Hana nak bercerita sikit tentang Beronok/Bronok! Pernah dengar sebelum ni. First time Hana dengar dari kawan Hana dari Langkawi, sedap katanya kalau dibuat kerabu ^^ Ya Allah, time tu dengar, teringinnya nak cuba. Try search di internet rupa kerabu bronok! Ok, sedap. Nampak macam kerabu biasa, tapi dicampur sekali dengan bronok, then, scroll down, ternampak something! Ok! Itu rupa bronok yang sebenar. Argghhh!




So, apa korang rasa? Geli? Hahaha…. Yup! Itu apa yang Hana rasa. Tapi lama2 ok arrrr. Biasa arr tu, rupa asal, dengan lepas masak, lain bebenar kan! Lebih kurang macam siput sedut arrr.. bak kata kawan Hana, time dia makan tu better makan terus jerrr lepas sedut tu, jangan ditengok rupa isi siput tu! Hahahaha… gitu pun ada kan!

Ok, since Hana cuti hari Ahad, sesaja nak jalan2. Niat di hati nak pergi buat spec mata baru. Ye larr kan, yang lama dah patah. Mahu  tak mahu, memang kena buat juga. Unfortunately, bila Hana sampai jerr di kedai tu, “Doktor cuti larr adik, adik kena datang esok. Kalau nak buat juga, guna mesin bleh arr, tapi selalunya, tak berapa tepat!” huhuhu… gitu pulak… alang2 dah sampai, Hana survey harga and minimum deposit. Kemudian, pergi kedai lain pulak. Hana punya demand, basic frame + lense sahaja, dan nampaknya, yang kedai first better, ok set! Esok2  kita pergi kedai first, eh! InsyaAllah ^^

Since urusan Hana settle awal, kita meronda-ronda sekejap. Haji Ismail Group! Pinggan! Mangkuk! Sudu! Coklat! Tu diaaaa…  macam2 ada… mata dah rambang! Harga?? Ok, beratutan! Hahahaha, apa lagi nak dikata! Dah itu yang di-offer! ^^ dah penat pusing2, ok, kita balik! (Yup! Hana window-shopping jerr, bukan kaki-shopping) Time pergi Hana naik UBER, but balik, jalan kaki. Bukan apa, saja nak adapt dengan kawasan baru. Baru tahu kedai apa lagi yang ada di kawasan sekitar. On the way balik tu, singgah sekejap di satu kedai ni, yang bagi Hana not bad arrr. Ada macam2 jenis lauk, ulam-ulam, sambal belacan... Perghhhh! Daebak! Masak lemak, sup sayur, daging/ikan/ayam pangang semua ada. Lokasi kedai terletak di satu penjuru, nama kedai: Nasi Campur Top BBQ, kedai warna hijau ^^ walaupun kedai dia nampak macam sempit, tapi banyak tempat duduk and penggudaraan pun ok since ada dua pintu masuk! tak ada larr rasa macam terkurung.

credit to owner, surprisingly it is from a japanese's blog! wah!! awesome! - malayaipoh.blogspot.my
credit to owner: 3justnice.blogspot,my
credit to owner: Eylizar Homestay
Hah! Di sini larrr Hana jumpa kerabu bronok. Mula2 tu tak tahu pun itu beronok, tetiba terdengar sorang mak cik ni kata, “Oww, bronok!”  tup! Terus Hana tengok kerabu yang dimaksudkan. Betul! Ok, set! Mujur tak ambik banyak lauk lagi… and at last Hana boleh merasa jugak bronok ni… hurmmm, food review: tak seperti rupa bronok yang licin jerrr kan. kerabu bronok ni rasa keras2 gitu, and since it is kerabu, so memang macam kerabu biasa jerr… ^^ jangan duk geli geleman sangat, coz nothing to do with it appearance! Hahahaha… rasa arrr…. Tauge, kacang, rasa pedas cili, masam2 sikit, ermmm, maybe air asam kut, balance all those ingredients. Apa lagi eh, ermmm, basic things for kerabu, mixed well and kalau makan dengan nasi panas2, wahhh! Sedap! Thumbs up!

lain2 lauk: ayam masak kicap, the best! and sambal belacan...
So, that’s all. Sebelum ni, sesaja search internet and yup, ada dalam satu laman ni, beronok considered as one of the exotic food that MUST be try if korang especially foreign tourists pergi Langkawi. Ok, Hana dah cuba ^^ Hahaha…. Have a good day!

No comments:

Post a Comment